Tak Sangka di Rogol oleh Remaja 15 Tahun Ketika Join Aktiviti Memanjat Gunung Hingga Trauma !

#WINNIE M Li, 36, sedang melakukan aktiviti hiking di sebuah kawasan hutan di Belfast, Ireland apabila seorang remaja lelaki mengekorinya.

Remaja berusia 15 tahun itu mendakwa dia sesat dan tanpa berfikir panjang Winnie membiarkan dia mengekorinya tanpa curiga kerana usianya yang masih muda selain waktu itu keadaan siang dan terang benderang.

Malangnya, ketika tiba di satu kawasan yang agak tersorok remaja lelaki itu tiba-tiba bertukar ganas dan bertindak merogolnya.

Susulan kejadian itu, Winnie mengalami Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD), sejenis penyakit kemurungan yang biasanya menimpa anggota tentera yang baru pulang dari peperangan.

Namun kini selepas tujuh tahun berlalu, Winnie akhirnya mendapat semangat untuk berkongsi kejadian pahit itu menerusi sebuah buku yang menceritakan segala-galanya.
Remaja yang merogol Winnie telah pun berdepan hukuman penjara 8 tahun.
Mengimbas hari kejadian, Winnie berkata aktiviti hiking adalah minatnya dan dia yang menetap di London mengambil peluang melakukannya ketika berada di Ireland atas urusan kerja.

Ketika memulakan perjalanannya mengikut trek di Colin Glen Forest Park, terdapat ramai pengunjung lain tetapi ketika Winnie melalui satu kawasan sunyi, dia mula dihampiri remaja lelaki tersebut yang memohon untuk mengekorinya kerana sesat.

“Dia melarikan diri selepas merogol saya dengan ganas. Selepas kejadian saya buntu hinggalah akhirnya terfikir saya perlukan bantuan perubatan dan mula menghubungi rakan,” cerita Winnie.

Selepas itu Winnie mula mengalami tekanan perasaan hingga mengganggu tumpuan kerja selama dua tahun. Dia yang bekerja berkaitan bidang perfileman kemudiannya berhijrah ke Qatar sebelum pindah ke Singapura.

Akhirnya pada Oktober 2013 Winnie mula menulis buku menceritakan pengalamannya itu yang diberi judul Dark Chapter.
 
Buku tersebut hampir siap sepenuhnya sebelum dipasarkan. Ianya diharapkan dapat membantu mangsa rogol di luar sana untuk mendapat kekuatan membina semula kehidupan selepas melalui pengalaman paling ngeri dalam hidup. – MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

Sumber

0 comment... add one now