6 Langkah Mudah Untuk Buat Durian Bbq..Rasanya Super Sedap..Percayalah !

Kreatif lah orang Malaysia ni. Kalau sebelum ni kita ada pisang goreng cheese, lemang cheese, dan aiskrim pasu, tapi kali ini yang terbaru pula kita ada Durian Bbq. Jom cuba resipi terbaru ni, yelah sekarang kan musim durian, rasa rugi pula kalau tak cuba. Mungkin lagi sedap dari durian yang biasa kita makan tu. Hihihi

1. Sediakan durian dan arang. Letakkan durian di atas tempat bakarnya.
2. Pusing dan terbalikkan durian. Pastikan setiap bahagian durian dibakar.
3. Tunggu sehingga kulit durian terbuka dengan sendirinya.
4. Tunggu! Belum siap lagi. Hehe. Panaskan selama 5 hingga 10 minit selepas kulit durian terbuka.
5. Durian siap dimasak setelah warnanya bertukar menjadi warna hitam. Jangan lama sangat bakar, nanti hangus pula.
6. Jangan gelojoh. Ingat, kena makan guna sudu sebab memang panas gila. boleh terbakar lidah tau!
Sumber dari Funny Malaysian

0 comment... add one now