Seram...Kru Produksi Ketakutan,Maya Karin Tiba-tiba Berubah Menjadi 'Orang Lain" Di Lokasi

Pengarah filem terkenal Osman Ali akui dia menjadi takut dan ngeri apabila melihat pelakon Maya Karin tiba-tiba berubah menjadi orang lain ketika menjayakan Jwanita di lokasi penggambaran filem seram tersebut.

Osman Ali percaya perubahan itu berlaku di sebabkan Maya Karin terlalu menjiwai wataknya sebagai seorang pembunuh yang mempunyai masalah jiwa dan mental.

“Terus-terang ketika penggambaran saya dengan kru produksi yang lain jadi takut apabila melihat perubahan diri Maya Karin. Dari mula hari penggambaran hingga akhir kami semua takut hendak menegur dan mendekatinya kerana dia benar-benar menjiwai watak sehingga berubah menjadi orang lain.

“Namun saya puji dan kagum dengannya kerana perubahan itu berlaku kerana atas usaha dan homework yang dibuatnya sebelum memasuki lokasi penggambaran.

“Dan, saya akui lakonan dan watak Maya Karin kali ini memang berbeza dengan filem yang pernah dibawa sebelum ini. Apa yang boleh saya katakana saya sendiri rasa terkejut bila melihat dia boleh membawakan watak pembunuh dengan begitu baik sekali dalam Jwanita,” katanya

Osman Ali ditemui ketika siding media selepas tayangan perdana filem Jwanita di Kafe Skrin kemarin.
Menjalani penggambaran sejak 3 tahun lalu, Osman Ali akui dia mengambil masa yang lama untuk proses filem seramnya kali ini.

“Sebenarnya proses penggambaran film ini disiapkan dalam tempoh yang sekejap sahaja dan ia adalah paling singkat yang pernah saya siapkan berbanding filem arahan saya yang lain iaitu hanya 1 bulan sahaja.

“Namun begitu, berbeza pula dengan proses post production untuk filem in. Ia mengambil masa yang agak lama kerana melibatkan penggunaan CGI selain proses muzik, audio serta kesan khas.

“Selain itu, ada juga masalah lain yang tak dapat dielakkan yang saya tak dapat nyatakan di sini tetapi saya bersyukur kerana akhirnya filem ini dapat juga ditayangkan tidak lama lagi,” jelasnya lagi

0 comment... add one now