Melaka:
Seorang guru wanita sekolah pelajar istimewa, 37, ditemui rentung dalam
kereta di perkarangan rumahnya dalam kejadian kebakaran di Kampung
Nibong, Paya Dalam, di sini, kira-kira 2 pagi tadi.
Menurut
keluarga, mangsa yang maut adalah Fara Wahidah Ali, seorang guru yang
bertugas di sebuah sekolah di Saratok, Sarawak dan sedang mengambil cuti
sakit.
Bapanya Ali Mikram, 62, berkata, dia menyedari
kejadian kebakaran itu apabila tersedar dari tidur kira-kira 2 pagi
selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat cahaya api menerusi
cermin tingkap rumah.
"Pada awalnya saya tidak tahu
anak saya dalam kereta kerana menyangka dia sedang tidur lalu
mengejutkan anak lelaki untuk memadam kebakaran menggunakan air.
"Namun
selepas mendapati kunci kereta jenis Proton Iswara tiada di tempat
disimpan dan anak perempuan saya menyatakan Fara tiada dalam bilik
tidurnya, saya mengesyaki dia berada dalam kereta itu," katanya ketika
ditemui di rumahnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah
Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
berkata, pihaknya masih belum mengenal pasti identiti mangsa yang
terbakar sepenuhnya dan sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai
kematian mengejut (SDR).
Mengikut rakan-rakan dan
saudara mangsa, ada yang mengatakan mangsa telah diganggu oleh makhluk
halus sehingga menyebabkan mangsa bertindak sedemikian
Akibat Tak Tahan Gangguan Makhluk Halus, Guru Ini Nekad Bakar Dirinya Di Dalam Kereta Awal Pagi Tadi..Al-Fatihah..
Mr Scooby0 comment... add one now
Previous post: ← Next Entries
Next post: Previous Entries →