Abby Abadi Dedah Punca Memilih Faizal Sebagai Bakal Suaminya Yang Mungkin Tiada Pada Lelaki Lain..Hebat Abang Faizal Ni !

Bakal suami Abby Abadi, Muhammad Faizal Zakaria memberitahu sikap penyayang dan dermawan yang ada pada bekas anggota kumpulan Elite itu membuatkan dia tertarik hati untuk memperisterikan wanita berkenaan. Faizal yang bertugas sebagai wartawan kanan di meida pembangkang iaitu Harakah berkata, sepanjang perkenalan mereka, Abby sering membantu golongan memerlukan dan dia melihat ia adalah kualiti paling baik wanita itu.
“Ramai yang tidak tahu Abby sebenarnya seorang penyayang dan sikap suka membantu dan menderma kepada golongan susah, itu membuatkan saya tertarik hati kepadanya,” kata Faizal kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Faizal berkata, dia tidak pernah menilai Abby berdasarkan cakap-cakap negatif terhadap bakal isterinya itu sebelum ini kerana ia tidak adil.

“Saya bukan jenis mudah menilai orang daripada apa yang saya baca atau dengar dan mengenali Abby dia adalah seorang wanita yang berbeza daripada apa yang diperkatakan,” katanya.

Tambahnya lagi, soal status Abby yang juga seorang janda juga bukan isu kerana dirinya sendiri sendiri pernah mengalami kegagalan rumah tangga sebelum ini.

“Saya ada tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu, begitu juga Abby. Ini adalah jodoh kami dan Insya-Allah ia akan saling melengkapi kami,” ujarnya.

Mengimbau perkenalan bersama Abby, Faizal berkata, hubungan mereka pada awalnya sekadar profesional di antara wartawan dan selebriti namun ia mula berputik selepas kembali bertemu pada akhir tahun lalu.

“Saya seorang wartawan dan banyak membuat follow-up dengan Abby selain pernah bertemu dengannya ketika menghadiri program yang melibatkannya atas kapasiti kerja. Selepas pilihan raya umum pada 2013 berakhir kami pun tidak lagi berhubung namun kembali bertemu setahun kemudian dalam sebuah program pada Disember tahun lalu dan mula rapat sehinggalah mengambil keputusan untuk berkahwin,” jelasnya.

Abby dan Faizal bakal disatukan sebagai suami isteri pada 14 Ogos ini di Masjid Keramat dekat sini manakala majlis kenduri kesyukuran akan diadakan pada 16 Ogos.

SUMBER

0 comment... add one now