1. Perubahan tingkah laku / minat
Si dia sudah tidak selalu mesra dan manja dengan anda seperti dahulu. Bualan di telefon juga dia lebih banyak berdiam diri. Semasa ber-dating, si dia kurang peka dengan apa yang anda bualkan dan selalu dengan memeriksa telefon bimbitnya. Atau si dia menunjukkan minat kepada sesuatu benda yang tidak padan dengan hobi beliau atau pun anda sendiri misalnya tiba-tiba si dia suka menonton bola, atau minat muzik rock metal. Boleh jadi ada insan lain yang mempengaruhi dia.
2. Memberi alasan
Bilamana anda menelefonnya, si dia cuba menyingkatkan perbualan sependek mungkin; ibu memanggil di dapur atau ayah suruh tolong cuci kereta katanya. Jika diajak keluar pula, asyik berdalih dengan alasan sibuk atau banyak assignment untuk dibereskan.
3. Mengelak pandangan mata
Apabila bersama anda, si dia lebih suka menundukkan wajah daripada melihat ke mata anda. Ini kerana mahu mengelak dari tembelangnya pecah kerana kata orang ‘The eyes are the mirror of the soul”
4. Selalu dengan telefon bimbitnya
Hatta jika bersama anda sekalipun si dia masih ber-SMS tidak henti. Apabila anda mahu memeriksa handphone-nya, si dia tidak izinkan. Privacy katanya. Hah, pasti ada udang yang disembunyi sebalik batu!
5. Gelisah tidak tentu pasal
Si dia asyik memandang jam tangan seolah-olah ada perkara yang lebih penting. Terlalu kerap sehingga anda terganggu dengan gelagatnya yang tak ubah seperti cacing kepanasan. Ataupun apabila handphone-nya berdering, segera dia berlari anak ke tandas untuk menjawabnya. Agak jelas bukan?
6. Menolak
Anda mengajaknya keluar pada hujung minggu tetapi si dia tak mahu. Ajak tonton wayang alasannya filem tak best. Jika mahu belanja makan sekalipun, si dia tetap menolak. Ini kerana si dia tidak ingin lagi terhutang budi kepada anda – yang bakal ditinggalkan tidak lama lagi.
7. Membesarkan masalah kecil
Si dia sering merungut akan masalah yang remeh-temeh seperti memakai baju yang bukan warna kegemarannya atau lain-lain perkara biasa yang kadangkala sampai tidak masuk akal.
8. Kurang melafazkan kata-kata cinta
Jika dahulu, setiap mesej anda diselitkan dengan kata-kata cinta dan puisi rindu, kini tidak lagi. Kata ucapan dan pertanyaan daripada anda juga disambut acuh tak acuh
9. Tersasul menyebut nama panggilan lain
Selama ini, anda dan sang kekasih membahasakan diri ‘papa-mama’. Tapi kali ini si dia kerap kali tersasul memanggil anda dengan panggilan ‘baby‘ atau ‘sayang’. Mungkin si dia telah terbiasa memanggil seseorang dengan nama itu hingga nama panggilan istimewa anda pun boleh tertukar.
10. Tidak menghargai pemberian anda
Hadiah anda ketika hangat bercinta yang dahulu menjadi harta paling berharga kini hanya disedekahkan saja kepada adik dan kawan si dia ataupun dibuang. Anda juga perasan yang couple ring pun sudah jarang tersemat di jari manisnya.
11. Membalas panggilan/ SMS acuh tak acuh
Perbualan telefon anda dengan si dia menjadi satu komunikasi yang menjemukan kerana si dia lebih suka berdiam diri dan jarang mengisuka. Mesej pesanan ringkas anda pula hanya dibalas sepatah perkataan ataupun sekadar ‘K’ sahaja.
12. Menjawab panggilan secara berbisik
Entah kali ke berapa anda menelefonnya tapi hanya kali ini si dia menjawab panggilan. Malangnya suara si dia sedikit cemas dan berbisik lalu memutuskan panggilan secepat mungkin. Ada hal mustahak lain katanya.
13. Mencari kesalahan anda
Kerana ingin berpisah dengan anda, si dia berusaha untuk mencari silap anda untuk dijadikan alasan untuk clash. Hinggakan perbuatan anda dahulu yang disenanginya kini menjadi satu kesalahan.
14. Tidak mesra semasa bertemu
Walaupun anda berada di depan matanya ketika makan bersama di restoran, si dia tidak fokus dan matanya melilau ke arah lelaki/ perempuan lain yang berada di sekeliling.
15. Cepat marah
Apabila ditanya mengenai aktiviti yang dilakukannya seharian, si dia tiba-tiba naik angin dan menuduh anda mahu mengongkong kehidupannya.
16. Tidak mengendahkan rajuk anda
Perkara biasa dalam bercinta, ada perselisihan dan rajuk. Tapi akhir-akhir ini anda dibiarkan makan hati sendirian dan tiada lagi pujuk rayu sebagai pengubat lara.
17. Tidak menghubungi anda
Waktu hangat bercinta dahulu, si dialah yang sering menelefon anda. Resah dan tak senang duduk katanya jika seharian tidak mendengar suara anda. Tapi kini, nak mendapat SMS darinya pun susah, apatah lagi menelefon. Malahan anda pula yang terpaksa menelefonnya dahulu, itupun nasib baik jika si dia sudi menjawab panggilan tersebut.
18. Berahsia / Menipu
Jika ditanya tentang dengan siapa dan ke mana dia pergi, si dia akan sedaya upaya mengelak daripada memberi jawaban atau lebih teruk lagi – berbohong.
19. Hadiah secara tiba-tiba
Bukan hari kekasih, bukan hari lahir anda, dan bukan juga hari anniversary anda berpacaran, si dia meberi hadiah mengejut. Biasa dipanggil guilt gift. Dek kerana berasa bersalah atas kecurangannya, si dia cuba ‘menyuap’ anda dengan hadiah agar anda tidak berasa syak.
20. Menghilangkan diri
Ada suatu ketika anda lost contact dengannya. SMS tiada jawapan dan panggilan hanya operator yang menjawab. Apabila ditanya keesokan hari, alasan si dia Celcom buat hal.
21. Kawan baik anda menunjukkan hint
Anda dan kekasih anda mempunyai seorang mutual friend yang rapat dan tahu kisah cinta anda. Tiba-tiba kawan anda itu berkelakuan aneh dan kurang memberi sokongan kepada perhubungan anda. Anda perlu lebih peka dengan isyarat ini kerana sebagai kawan baik, tak mungkin dia sanggup bercerita buruk tentang kekasih anda secara berdepan. Sahlah kawan anda mengetahui sesuatu tentang kekasih anda yang anda tidak tahu.
22. Naluri anda
Percayalah pada naluri anda. Hati sendiri akan mengiyakan sekiranya kekasih anda itu selingkuh walaupun logik akal anda cuba menafikannya. Bukankah perasaan cinta itu sendiri datangnya dari hati?
Jangan terlampau lurus dan bertanggapan bahawa kekasih anda tak kan pernah curang, dalam masa yang sama elakkan daripada cepat membuat judgement dan kesimpulan.
Jika si dia mempunyai petanda-petanda seperti dinyatakan di atas, anda sudah dapat meneka bahawa ada sesuatu yang tak kena dalam perhubungan anda. Maka, buatlah sesuatu.
Ikhtiar. Jangan cepat melatah dan bertindak mengikut nafsu. Cemburu dan berburuk sangka secara melulu hanya akan merencatkan lagi perhubungan anda berdua. Selidik, cari fakta, dan positifkan diri dahulu sebelum anda bersemuka dengan si dia.
SUMBER ASAL
Kenikmatannya Terasa Hingga Ke Subuh !! >>>KLIK HERE !!<<<